Seorang wanita maut dibaham singa ketika dia asyik mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di dalam kawasan hutan di Zimbabwe.
Laman sesawang My Zimbabwe melaporkan, mangsa dikenali sebagai Sharai Mawera. Mangsa dilaporkan berasmara dengan pasangannya dalam kawasan belukar apabila seekor singa menerkam mereka di bandar Kariba. berkata, teman lelaki Sharai dipercayai sempat melarikan diri dalam keadaan bogel ketika haiwan liar berkenaan membaham wanita terbabit. Sharai mati di tempat kejadian, katanya.
Sementara itu, rakan pasangan terbabit berkata, Sharai bekerja di sebuah pasar tempatan manakala teman lelakinya seorang nelayan. Singa itu menerkam dari belakang ketika pasangan itu sedang leka berasmara, katanya.
Menurut lelaki itu, pasangan Sharai hanya mampu melihat dari jauh bagaimana teman wanitanya dibaham singa berkenaan kerana terlampau terkejut dan ketakutan.
p/s : Tak pasal-pasal...